Tips Untuk Ibu Berpantang Sendiri

Apabila anda mendapat tahu diri hamil, salah satu persoalan yang mesti akan bermain di fikiran adalah :-

“Bila pantang nanti, nak dekat mana ye, rumah ibu ke ataupun berpantang sendiri?”,

Macam saya, ketika kelahiran pertama dahulu, memang saya berpantang di rumah ibu. Al-maklumlah baru menimbang cahaya mata pertama, memanglah memerlukan bantuan ibu dan bapa kerana saya tiada pengalaman menguruskan anak kecil dan selok-belok cara berpantang.

Tetapi apabila untuk kelahiran kedua ini, rasa-rasanya boleh ke saya berpantang sendiri dirumah…Emmm…saya masih berfikir lagi ni.

Bagaimanapun, saya ‘salute’ kepada para ibu yang memilih untuk berpantang sendiri di rumah kerana mereka ada semangat yang sangat kuat.

Stamina juga amat penting bagi si ibu, jika tidak mampu, lebih eloklah meminta bantuan kepada mereka yang berpengalaman.

Apa-apa pun, sekiranya si ibu mengambil keputusan untuk berpantang sendiri selepas melahirkan bayi comel mereka, pastikan persiapan rapi telah dilakukan.

Penglibatan suami juga amat penting dalam memberikan bantuan. Suami perlu menjadi orang kuat dalam memberi sokongan dan membantu isteri dengan sempurna tanpa tekanan sepanjang tempoh berpantang.

Persediaan mental dan fizikal

Kekadang kita fikirkan kuat untuk menjalani proses berpantang sendiri tetapi hakikatnya ia tidak semudah itu.

Pastikan anda sudah membuat persediaan dari segi mental dan fizikal. Berpantang sendiri memang berisiko kerana semua perlu buat sendiri.

Elakkan daripada merasa tertekan kerana sudah semestinya ia suatu cabaran terutama dalam bab menjaga bayi yang baru lahir, selain perlu menjaga diri sendiri.

Persiapan makanan

Ibu lepas bersalin perlu makan makanan yang berkhasiat dan tidak boleh terlepas waktu makan. Pastikan waktu makan tepat bagi mengelakkan perut masuk angin.

Sarapan awal pagi, tengahari, petang dan juga malam.

Ibu perlu makan nasi ketika panas dalam kadar sederhana. Ini kerana ibu akan cepat merasa lapar kerana menyusukan bayi.

Untuk penyediaan menu untuk orang berpantang mudah sahaja. Ia sangat ringkas, dan para suami juga boleh membantu dari segi penyediaan bahan bagi memudahkan kerja memasak.

Yang penting keluarkan siap-siap bahan yang akan dimasak. Menu seperti sup, nasi putih, ikan goreng atau rebus dan ulam-ulaman sudah pun memadai ditambah dengan buah-buahan untuk si isteri.

makanan-berpantang-ibu-mengandung-sihat

Bangun awal

Jika si ibu bangun awal, mereka bolehlah merancang untuk melakukan semua urusan. Tidaklah nanti terkejar-kejar.

Mulakan kerja di awal pagi adalah sebaik-baiknya. Misalnya mandi awal pagi sebelum anak bangun hendak menyusu. Apabila badan sudah bersih dan selesa, kita boleh uruskan anak pula.

Bertungku

Kemudian, apabila sudah siap mandi, bolehlah teruskan untuk bertungku pula sebelum bayi bangun.

Sebelum itu, kena panaskan batu tungku dengan api yang perlahan. Dengan bertungku, ia akan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah kotor pada rahim.

Bengkung

Selepas sudah siap bertungku, proses seterusnya adalah berbengkung. Jangan elak untuk bengkung. Ia boleh membantu mengempiskan perut dan mengembalikan bentuk badan asal.

Sekarang sudah terdapat pelbagai jenis bengkung moden yang dijual di pasaran. Kalau dulu alasannya susah nak pakai yang bertali, kini ada jenis ‘zap on’ atau berzip.

Mandi dan susukan bayi

Ada sesetengah ibu suka mandikan bayi awal dan ada juga tengahari, terpulang kepada masing-masing. Yang penting, bayi perlu mandi.

Kemudian, barulah berikan susu dan anda perlu susukan bayi sehingga kenyang. Jika bayi anda terkena kuning, memang perlu menyusukan setiap jam untuk memastikan bacaan turun.

Mengurut

Pastikan anda membuat tempahan awal untuk mendapatkan khidmat tukang urut atau bidan semasa dalam pantang.

Jika diikutkan, ada pakej ibu berpantang termasuk mengurut, memasak, siapkan kerja rumah dan lengkap segalanya.

Anda boleh pilih pelbagai pakej yang ditawarkan mengikut bajet.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *