Tips kurus yang boleh diamalkan ketika berpantang

Sepertimana yang diketahui, berpantang merupakan tempoh yang sangat penting untuk para si ibu jalani selepas melahirkan bayi mereka.

Bak kata orang, fasa inilah yang akan membantu si ibu memulihkan semula kesihatan dan mendapatkan kecergasan diri mereka sekiranya mengikut amalan berpantang yang betul.

Jika elok berpantang dalam tempoh 44 hari, maka kesihatan mereka akan lebih terjamin dimasa akan datang.

Badan juga akan kembali langsing, ramping kepada bentuk asal. Selain itu, perut kemas, dalaman cun melecun, anak bebas kuning, tidak sembelit. Luka baik dalam tempoh 44 hari berpantang.

Itulah yang menjadi idaman setiap wanita diluar sana selepas kelahiran kan….

Namun, untuk kekal langsing dan ramping, para ibu kenalah banyak bersabar sepanjang menjalani tempoh berpantang.

Berdasarkan pengalaman, ada ibu, berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 40 kilogram (kg) dari berat 83 kg sepanjang 44 hari berpantang.

Tercabar tak anda?

Baiklah, disini, antara tips-tips yang boleh diamalkan. Ia boleh memberi kesan jangka panjang jika dilakukan dengan sebaik-baiknya sepanjang tempoh berpantang.

a) Berpilis dan berparam pada dahi dan badan – Bagi mengelakkan anda alami pening
b) Ikat rambut dan sanggul tinggi-tinggi ketat biar naik atas kepala.
c) Pakai baju panas dan stokin tebal sampai betis
d) Makan makanan berebus dan bakar, elakkan daripada makan makanan yang sejuk
e) Amalkan ikan haruan hidup dan pegaga
f) Jika lapar boleh makan biskut kosong
g) Jauhkan daripada kipas dan aircond (minimumkan)
h) Minum air akar tradisional – Untuk pastikan dalaman kembali sihat semula dan kekotoran dapat dibersihkan sepenuhnya
i) Minum air oren sunquick
j) Makan nasi dua kali sahaja. Lauk banyak tidak mengapa, janji nasi sikit.
k) Anda perlu jauhkan diri dari terkena angin luar (berjalan di dalam rumah sahaja) hal ini untuk memastikan badan tidak dimasuki oleh angin.
l) Elak melakukan sebarang aktiviti yang melibatkan tenaga perut.
m) Urusan anak serahkan pada keluarga. Banyakkan rehat dan bertungku pada bahagian badan yang lain kecuali di bahagian jahitan sahaja.
n) Berpuasa pun boleh
o) Berbengkung selepas setahun bersalin.
p) Amalkan jamu selepas kuning anak turun sahaja.
q) Amalkan herba kayu untuk mendapatkan perut yang tegang kemas dan badan yang lebih menarik.

Macam mana, boleh tak ikut tips untuk kembali langsing dan ramping ini. Jadi, good luck kepada ibu-ibu semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *