berpantang-ibu-mengandung-sihat

Pantang 44 ke 60 ke 100 hari?

Berpantang selepas bersalin sepatutnya berapa hari? Adakah 44 hari, 60ataupun 100 hari. Aduh..lamanya…”

Bagaimanapun lazimnya berpantang yang betul-betul yang saya sendiri fahami adalah selama 44 hari. Pantang makan selama 60 hari dan pantang dengan suami selama 100 hari.

Orang Melayu biasanya akan berpantang selama 44 hari dan 100 hari. Lain pula masyarakat Cina dan India yang mengamalkan pantang selama 30 hari. Masa pemulihan ini sangat penting. Kalau tidak dijaga betul, dikhuatiri akan mendatangkan masalah ke atas kesihatan ibu.

Jangan terkejut kalau ada ibu boleh terkena penyakit meroyan selepas bersalin, dan salah satu punca ialah tidak menjaga pemakanan. Bagaimanapun, ibu-ibu yang bekerjaya lazimnya mengamalkan pantang 44 hari, iyalah mana ada masa untuk bertangas atau tuam badan hampir setiap hari. 

Ini bermakna dalam tempoh berpantang 44 hari itu, para ibu perlu melalui proses berpantang yang betul seperti bertungku, berbarut, mengurut dan juga menjaga pemakanan. Jadi mana satu pilihan si ibu.

Pentingnya berpantang.

Berpantang ialah sejenis penjagaan fizikal dan emosi yang rapi untuk para si ibu selepas melahirkan bayi. Ia tidak lain dan tidak bukan adalah bagi memberi kebaikan kepada tubuh badan dalam tempoh jangka masa panjang. Sudah semestinya ia (berpantang) amat diperlukan oleh si ibu. Mana tidaknya, segala urat-urat dan tulang-tulang terbuka luas bila bayi keluar.

Tidaklah nanti badan akan cepat rasa penat, sakit kerana kita amat memerlukan tubuh badan yang sihat sepanjang masa. Lagi-lagi di peringkat usia kita, yang memang senang menghidap bermacam jenis penyakit.

Pentingnya berpantang bukan sahaja mengembalikan bentuk badan, tapi memperbaiki semula kadar kesihatan tubuh, fizikal dan mental si ibu. Jadi kita kena tekun dan rajin sahajalah semasa melalui tradisi berpantang ini, barulah boleh mendapat potongan badan yang asal, selain sihat dan cergas serta akan kelihatan jelita.

Ada kebaikan berpantang 100 hari

Kebaikan pantang 100 hari kembali didengari ibu-ibu masa kini. Walaupun
kebaikannya banyak tapi anda kena tahu cabaran juga. Apa yang penting, semasa berpantang penting si ibu ditemani sekurang-kurang orang yang berpengalaman tentang pantang atau bersama suami. 

Ini antara cabaran berpantang 100 hari :

  • Tidak boleh mandi dengan air sejuk
  • Elak menggunakan penghawa dingin
  • Tidak boleh mengangkat benda berat 
  • Tidak boleh kena air hujan
  • Jangan makan makanan tajam seperti nanas, rebung, air kelapa dan tebu sehingga tempoh 6 bulan selepas bersalin. 
  • Pantang untuk ‘bersama’ suami walaupun darah nifas kering

Walaubagaimanapun ia terpulang kepada si ibu untuk berpantang kerana ia memerlukan kos masa dan kestabilan emosi yang baik.

Jika tidak mampu cukuplah selama 44 hari dan lakukan aktiviti bertangas, urut mengikut konsistensi.

Leave a Comment