Murung Selepas Bersalin? Cuba Ikut tips ini

Menyambut kelahiran bayi sepatutnya menjadi detik yang paling indah buat si ibu lebih-lebih lagi bagi ibu yang melahirkan bayi pertama.

Namun, masalah kemurungan selepas bersalin boleh terjadi kepada si ibu jika mereka tidak dapat mengawal emosi.

Mereka akan berasa gelisah dan lebih banyak mendiamkan diri.

Kita selalunya menganggap kemurungan selepas bersalin, juga dikenali sebagai meroyan, sebagai benda remeh.

Selepas bersalin, sememangnya ibu kehilangan banyak tenaga dan berada dalam keadaan mental dan fizikal yang lemah serta boleh dikatakan tidak waras.

Dalam senario ini, peranan suamilah amat penting dalam membantu memastikan si isteri terhindar daripada mengalami masalah kemurungan.

Kemurungan

Gejala kemurungan selepas bersalin atau postpartum depression adalah gangguan psikologi yang perlu mendapat rawatan pakar. Ia lebih teruk dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada ibu dan bayi yang baru dilahirkan.

Ibu-ibu yang menghidap kemurungan selepas bersalin mengalami perubahan emosi yang lebih teruk dan lebih lama berbanding perubahan emosi pada postpartum blues.

Tanda-tanda

Tanda-tanda dan simptom yang dihadapi setiap individu adalah berbeza, tapi kebiasaannya akan berasa :

1) Putus asa
2) Letih
3) Muram
4) Sering menangis
5) Tidak boleh tidur
6) Cepat marah
7) Berdiam diri
8) Tidak mahu sesi bonding dengan bayi

Tips tangani kemurungan selepas bersalin

Perkara pertama yang kita perlu lakukan apabila melihat simptom-simptom di atas berlaku kepada orang yang terdekat dengan kita, sedarlah bahawa ia bukan semata-mata ‘perangai mengada-mengada’ ibu tersebut.

Bersimpatilah dan terimalah masalah postpartum itu dengan serius. Ini antara tips yang boleh diikuti.

1) Banyakkan berehat
2) Makan makanan berkhasiat
3) Mengurut
4) Buat senaman ringan
5) Dapatkan sokongan rakan atau ahli keluarga
6) Galak si ibu berzikir

Memang benar, tempoh berpantang adalah tempoh yang paling kritikal. Jadi sokongan daripada suami dan orang sekeliling amat diperlukan.

Ibu yang melahirkan bayi sememangnya berhadapan dengan kesukaran ketika melahirkan, dan selepas melahirkan bayi. Tiada siapa yang tahu.

Jadi dengan bantuan sokongan sahajalah yang boleh membantu dalam mengurangkan tekanan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *