Kesan tidak berpantang cara betul

Ada sesetengah wanita yang degil, tidak mahu berpantang, tidak mahu ambil jamu lepas bersalin, tidak mahu berurut atau bertungku, mandi air sejuk, minum air sejuk, makan ikut suka.

Ha…Kalau ada yang buat macam ni, pastinya akan memberi kesan pada tubuh badan buat si ibu selepas bersalin.

Memang tidak dinafikan ada juga sesetengah ibu yang melahirkan anak, malas untuk berpantang dan degil apabila disuruh berpantang. Mereka akan buat apa yang mereka suka sahaja.

Bagaimanapun, menjadi lumrah, perkara baik memang susah untuk diikut. Padahal ia memberi kebaikan kepada mereka (si ibu) juga.

Jadi apa kesannya jika ibu tidak berpantang dengan cari yang betul?

Antaranya kesan yang paling utama yang akan dihadapi oleh si ibu adalah RAHIM akan jatuh.

Rahim akan jatuh

Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan ligament dan otot menjadi lemah akibat kehamilan dan kelahiran. Disebabkan itu rahim akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Terdapat tiga peringkat apabila RAHIM jatuh iaitu :

a) Peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa

b) Pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj

c) Keseluruhan rahim terkeluar daripada permukaan faraj dan digelar ‘tombong

Selain itu, kesan-kesan lain merangkumi :

1) Sakit-sakit badan

2) Hadapi masalah pada bahagian sulit badan- Gangguan dibahagian sulit akibat daripada rahim jatuh kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada faraj.

3) Masalah hormon

4) Emosi tidak seimbang

5) Sakit bentan

6) Badan mudah masuk angin- Apabila tidak bertungku, bengkung, badan akan mudah dimasuki angin.

7) Kurang susu badan – Susu badan ibu tidak dapat mengeluarkan susu dalam kuantiti yang banyak dan si ibu akan mengalami masalah kekurangan susu.

8) Masalah kencing – Akan rasa kerap kencing dan kencing tidak terkawal

9) Gangguan kesihatan – Apabila keseluruhan rahim terkeluar, pintu rahim akan bergesel pada seluar dalam dan boleh menyebabkan luka. Luka akan dijangkiti kuman dan akan menyebabkan mengalami keputihan.

Oleh itu, jangan mengambil mudah tentang berpantang. Jadi berpantanglah dengan baik dan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *