Checklist Berpantang Yang Ibu Perlu Ambil Tahu

Bagi si ibu yang bakal melahirkan tidak lama lagi, sudah semestinya mereka sangat teruja untuk membuat persiapan awal.

Masuk tujuh bulan kandungan, bolehlah si ibu mula mencari-cari apa agaknya barang keperluan bersalin yang perlu disediakan selain pakaian dan lampin bayi.

Dalam pada itu, tidak dilupakan persiapan untuk berpantang yang perlu disediakan juga.

checklist-ibu-berpantang

Dalam perkongsian kali ini, saya yang bakal melahirkan anak kedua Disember nanti berbesar hati berkongsikan checklist yang amat berguna untuk rujukan si ibu, terutamanya untuk tempoh berpantang selepas melahirkan bayi.

CHECKLIST ITEM IBU BERPANTANG

Ini antara checklist barang pantang yang boleh disediakan :-

CHECKLIST BARANGAN
 Bengkung : Beli dua jenis
 Maternity/ Overnight Pad
 Kain batik
 Mandian herba
 Set bersalin
 Face/Body Scrub
 Minyak panas
 Slimming Cream
 Feminine Wash
 Tungku
 Stokin
 Ubat sembelit (jika perlu)
 Set jamu lengkap
 Supplement tambahan

“Biasanya tempoh berpantang memang saya ikut 44 hari sahaja, sepertimana kelahiran bayi pertama saya sebelum ini. Pantang makan, urut, tungku, tangkas, dan bengkung,”

Jangan malas ye ibu-ibu. Badan mesti dijaga baik semula. Pantang ice dalam tempoh empat hingga enam bulan sahaja, pantang dengan suami pula selama 100 hari.

Ada banyak lagi barangan untuk persediaan berpantang yang boleh disediakan oleh si ibu. Terpulang kepada persediaan masing-masing.

Apa yang paling penting, persediaan awal untuk berpantang memang elok disediakan lebih awal.

Tidaklah nanti si ibu pening mencari-cari apa yang diperlukan untuk tempoh berpantang nanti. Jangan buat last minute !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *