Berpantang? Nak makan apa ni!

Sepanjang tempoh berpantang 40 hingga 44 hari, memang si ibu kena menjaga pemakanan yang sihat.

Ada makanan yang boleh dimakan, dan ada makanan yang tidak boleh dimakan bagi mengelakkan kesan sampingan.

Bila semua makanan kena jaga dan banyak pantang larang, bosan jugalah kerana kena makan makanan yang sama sepanjang proses berpantang.

“Keadaan itu juga turut dilalui saya sewaktu kelahiran bayi pertama, yang ada ketikanya berasa bosan melihat menu yang sama sahaja setiap hari,”

Tetapi, sekarang ini tidak perlu risau lagi, kerana ada pelbagai jenis makanan berpantang yang boleh diikut dan telah dikongsikan di laman sosial.

Tambahan pula, ada juga makanan berpantang ‘readymade’ yang boleh dijadikan stok dan mudah disediakan sebagai menu untuk para ibu ketika berpantang.

Jika dulu, makanan berpantang ‘readymade’ ini tiada dipasaran, namun kini ia boleh didapati kerana ramai pengusaha makanan berpantang ini sudah menjadikan ia sebagai satu perniagaan, yang sekaligus dapat memudahkan para si ibu.

Pastinya, hidangan makanan berpantang tidak lagi bosan, dan akan nampak lazat dan menyelerakan.

Bagaimanapun, apa yang penting sekali ianya perlulah bernutrisi dan sihat bagi para si ibu selepas melahirkan cahaya mata.

makanan-berpantang-ibu-mengandung

Senarai makanan dalam pantang yang wajib anda tahu

Senarai makanan dalam pantang yang boleh dimakan Jenis-jenis

1. Ayam dan daging – Ayam biasa, ayam kampung,
– Daging batang pinang, daging kambing

2. Ikan – Ikan haruan,yu, selar,gelama, jenahak merah, tenggiri, ikan bilis, bawal putih dan salmon

3. Ulam-ulaman – Halia, pegaga, ulam raja, jantung pisang,kunyit hidup, pudina, lengkuas

4. Sayur-sayuran – Peria,sawi, lobak merah, brokoli, ubi kentang

5. Buah-buahan – Anggur, kurma, epal merah, oren, prune, kismis, strawberi, peach

6. Makanan sampingan lain – Biskut,roti, nestum, cornflakes, oat,masakan panggang

7. Air -Pati kunyit, air suam,kopi, air coklat, horlicks, air halia

Selain dari itu, senarai makanan dalam pantang yang anda boleh beli terus seperti lada hitam, lada putih, biji halba, kayu manis, cengkih, biji ketumbar, biji sawi, jintan putih dan jintan manis.

Semoga bermanfaat. Selamat mencuba !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *