Apa Beza Berpantang Secara Moden vs Tradisional

Terdapat dua kaedah berpantang yang selalunya kita dengar iaitu berpantang cara tradisional dan moden.
Namun tujuannya tetap sama iaitu bagi memulihkan dalaman badan si ibu selepas bersalin.

Generasi tua sangat menitik beratkan hal berpantang selepas melahirkan.

Dikatakan yang tidak mengikut pantang akan mudah diserang penyakit apabila menginjak usia.

Yelah, ketika bersalin si ibu banyak menggunakan tenaga dan urat-urat pun perlu diperbetulkan bagi mendapatkan kecergasan dan bentuk badan asal semula.

Bagaimanapun, dalam hal ini bergantung kepada si ibu samada ingin berpantang secara tradisional ataupun moden selepas bersalin, sebab diri sendiri akan merasai perbezaannya.

Sebenarnya, jika diikutkan tidak banyak beza pun cara berpantang kedua-dua kaedah ini. Malahan cara berpantang itu boleh digabungkan sekali.

Yang penting badan sihat dan kuat selepas tempoh berpantang.

Mungkin ada juga sesetengah cara tradisional tidak boleh diamalkan. Antaranya berpantang sampai perlu makan nasi putih dengan ikan kering sahaja selama 44hari.

Padahal, si ibu amat memerlukan nutrisi yang mencukupi daripada pemakanan mereka.

Namun, sejauh mana amalan berpantang yang ditekankan oleh nenek moyang kita dulu wajar dengan zaman sekarang?

Jom kita lihat antara perbezaan berpantang selepas bersalin antara cara tradisional dan cara moden.

1) Bersama suami

Banyak sebab mengapa pantang bersama suami itu lama. Sebabnya adalah rahim wanita itu sendiri. Kalau rahim tidak sihat dan kuat (tidak dinaikkan pada kedudukan asal), wanita akan mudah sakit dan demam.

Tradisional – selama 100 hari

Moden – 30 hari

2) Penyusuan bayi

Orang dulu-dulu memang wajib menyusukan bayi dengan susu badan bagaimanapun zaman kini sudah ada pelbagai jenis susu formula sebagai alternatif kepada susu badan dimana ia lebih memudahkan.

Tradisional – susu badan
Moden –susu formula

3) Bertungku

-Bertungku memang perlu dilakukan si ibu selepas bersalin. Ia penting untuk kesihatan rahim wanita. Malahan bagus untuk kesihatan untuk jangka masa panjang. Al-maklumlah, bak kata orang, badan mahu pakai lama. Namun ada alternatif lain yang boleh membantu mempercepatkan rahim cepat sihat dan kuat iaitu menerusi ubat-ubatan.

Tradisional – Bertungku
Moden – Ubat-ubatan

4) Berurut atau senaman

-Berurut sangat penting untuk wanita selepas bersalin. Jika bersenam sekalipun, ia bukan tidak membantu, tetapi kurang mendapat kesan yang optimum dalam memastikan badan sihat. Hal-hal seperti menaikkan peranakan, angin dalam badan semua itu perlu dijaga. Tahanlah sedikit jika melalui proses mengurut pun.

Tradisional – Berurut
Moden – Senaman.

Semua orang perlu melihat berpantang itu sebagai satu sudut yang positif bukannya negatif. Buat sekadar yang termampu sahaja dan secara bersederhana.

Tidak salah sebenarnya berpantang mengikut cara orang lama-lama kerana ia ada kebaikannya. Dan tidak salah sebenarnya berpantang cara moden. Kena ikut keselesaan masing-masing.

Walaupun datang dari mana-mana generasi sekalipun, amalan berpantang sangat penting. Jangan sesekali dihindarkan. Jika dielak, kelak nanti, anda yang akan merasai kesakitan. Ia (berpantang)sebenarnya kunci kepada kesihatan kita pada hari tua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *