Banyak Pakej Berpantang Kat Luar Tu?

Mesti mom to be yang bakal bersalin tidak lama lagi, turut mencari-cari pakej berpantang mahupun tukang urut mana yang sesuai untuk mereka.

Samada mahu mendapatkan perkhidmatan berpantang dari agensi yang sekarang ini berlambak di pasaran ataupun khidmat tukang urut tradisional sahaja.

Masa dulu, memang kita tidak pernah atau jarang mendengar akan perkhidmatan confinement service ini.

berpantang-ibu-mengandung-sihat

Tapi kebelakangan ini, sudah banyak agensi ataupun syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan bagi ibu berpantang.

Bila tengok dalam laman sosial mengenai perkhidmatan berpantang ini, saya pun teringin juga.

Mana tidaknya, mereka akan buat semua dari segi penyediaan mandian ibu dan anak. Pendek kata, dari A to Z.

Mereka juga memberikan perkhidmatan berpantang yang lain seperti bertungku, berbengkung, mandi herba, bertangkas , tapel param pilis dan masak untuk lauk berpantang. Ada pula tuh, sampai perkhidmatan basuh baju ibu dan bayi sekali. Best kan…

Bagaimanapun, untuk perkhidmatan confinement service ini si ibu kena survey betul-betul apa pakej yang ditawarkan.

“Ada yang menawarkan harga sekitar RM1,000 untuk perkhidmatan selama tujuh hari, ada juga RM1,350 untuk 10 hari dan RM1,700 untuk perkhidmatan selama 14 hari,”

Namun apa yang paling penting, si ibu kena buat perbandingan harga mengikut kepada kemampuan.

Kalau dah mampu dan dari mula inginkan perkhidmatan confinement service, memang sangat terbaik. Si ibu akan dilayan bagaikan ‘permaisuri’.

Selain itu, si ibu perlu juga baca testimoni daripada pelanggan terlebih dahulu sebelum memilih pakej yang ditawarkan. Yelah, ini untuk mengelakkan daripada ditipu. Zaman sekarang ini macam-macam boleh jadi.

Dahlah harga untuk perkhidmatan confinement service boleh tahan mahal juga. Kalau dapat agensi perkhidmatan confinement service yang ‘gah hanya pada nama’ tapi ‘service hancur’ naya juga kita. Jadi kita kena ambil langkah berjaga-jaga dahulu.

Saya pun memang teringin untuk mendapatkan perkhidmatan confinement service sebagai persiapan untuk saya berpantang selepas melahirkan bayi kedua saya Disember nanti. Survey pun sudah. Tapi kena bincang dulu ngan suami. Hehe.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *