Ibu Mengandung 5 bulan

Artikel ini bukanlah menjurus hanya Ibu Mengandung 5 bulan. Sebaliknya anda perlu tahu semasa mengandung, anda perlu tahu apa yang anda makan. Kebiasaannya, wanita mengandung memerlukan penambahan 300 kalori/hari daripada biasa terutamanya semasa trimester terakhir di mana bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari tersebut penting diperolehi daripada makanan yang berkhasiat supaya ia boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi.

Selain daripada penambahan berat bayi, faktor-faktor lain juga penting untuk memastikan fisiologi ibu berubah mengikut keperluan ibu mengandung. Corak penambahan berat semasa mengandung bagi individu juga berbeza. Jika anda mula mengandung semasa berat badan berlebihan, berat anda mungkin akan turun sedikit pada awal trimester manakala penambahan akan berlaku bagi ibu yang kurus atau mengandung anak kembar.

Semasa mengandung, apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Pemakanan anda berkait rapat dengan kesihatan bayi sehinggakan kebanyakan doktor menasihatkan supaya tidak mengambil sebarang risiko dengan makan makanan yang berkemungkinan memudaratkan bayi seperti alkohol.

Sama ada anda mengandung atau tidak, diet yang sihat merangkumi protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi. Jika anda mengamalkan pemakanan mengikut sistem piramid makanan, ini menunjukkan yang anda berpotensi untuk menjadi individu yang sihat.

Penting bagi ibu mengandung untuk memvariasikan makanannya bagi memperoleh semua keperluan nutrisi ibu dan bayi. Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran – target untuk makan 5 hidangan sehari termasuk sebagai snek, jus dan salad.
Makanan berkanji – roti, nasi, pasta, ubi kentang. Banyakkan bijirin penuh (wheat, whole grain)
Makanan berprotein tinggi – Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
Makanan berkalsium tinggi – Susu, yoghurt, cheese.
Makanan berserat tinggi – Jadikan sayur, buah, bijirin dan kekacang sebagai makanan kegemaran kerana ia boleh mengelakkan sembelit.

Minum banyak air dan elakkan makanan berlemak dan bergula tinggi seperti kek dan coklat kerana ia mengakibatkan pertambahan berat badan berlebihan dan seterusnya meniggikan risiko mendapat kencing manis (gestational diabetes mellitus)

Jika anda sukakan snek, ambil raisin, biskut bijirin penuh (Jacob’s atau IKO), salad buah, yoghurt atau sebarang makanan bernutrisi yang lain.

Pemakanan Ibu mengandung

Selain Asid Folik, Zat besi juga penting dalam pemakanan ibu mengandung. Seperti yang kita sedia maklum zat besi amat penting bagi membantu sel-sel darah merah dalam badan manusia dan mencegah anemia. Bagi wanita mengandung, zat besi lebih banyak diperlukan kerana jumlah hemoglobin meningkat ketika itu terutamanya pada dua trimester terakhir. Selain daripada sumber makanan semula jadi seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe, wanita boleh mendapatkan bahan ini melalui vitamin tambahan.
Pemakanan yang seterusnya harusnya mempunyai kandungan Kalsium. Kalsium boleh didapati daripada sumber susu, hasil tenusu, marjerin, keju. Kalsium tambahan perlu diambil oleh bakal ibu untuk membantu perkembangan gigi dan tulang bayi. Selain itu, kalsium dapat mengurangkan gejala kebas-kebas atau kekejangan pada ibu sewaktu tempoh kemengandungan terutama pada trimester ketiga. Berdasarkan kajian tekanan darah tinggi, kalsium berperanan mengurangkan kecenderungan seseorang ibu daripada mendapat penyakit darah tinggi sewaktu mengandung.

Pada masa kini kepentingan DHA sering diperkatakan oleh pakar-pakar perubatan dan pemakanan. Menurut kajian yang dilakukan, DHA dikatakan memainkan peranan yang besar terhadap perkembangan minda bayi. DHA berfungsi untuk memantapkan pertumbuhan penglihatan dan otak bayi sejak dalam kandungan lagi. Sumber vitamin ini boleh diberikan menerusi tiga cara iaitu mengambil vitamin tambahan sewaktu mengandung, sewaktu menyusu susu badan dan susu formula bayi yang telah diperkayakan dengan DHA yang terdapat dalam bentuk Omega 3, 6 dan 9.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...