Makanan ibu selepas bersalin

Selepas bersalin perut ibu akan menggeleber dan kendur. Pemakanan ialah aspek yang amat penting dalam rawatan pantang bersalin. Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk dan sebagainya. Bengkung atau Barut untuk ibu pantang bersalin baik untuk menyokong tulang anda. Ada yang mengamalkan memakan lada hitam.

Lada hitam digaul bersama nasi panas, memang di antara menu popular dalam tempoh berpantang. Secara amalan tradisinya, pengambilan lada hitam ini dapat membantu memanaskan badan. “Minggu pertama adaiah minggu yang paling sukar untuk ibu dan bayi yang baru dilahirkan. Bayi akan cenderung untuk mendapat jaundis atau demam kuning. Risiko lebih tinggi di kalangan bayi yang lahir pra-matang atau sebelum 36 minggu. Hubung kaitnya adaiah makan makanan pedas dan panas akan membuatkan tubuh mudah dehidrasi. Ini akan mengganggu penghasilan susu. Susu ibu adaiah formula terbaik untuk membantu mengurangkan risiko diserang demam kuning. Untuk itu, saya nasihatkan hanya mula mengambil lada hitam dan sebagainya selepas dua minggu bagi mereka yang bersalin secara normal.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...