Ramai dalam kalangan kita tidak bersenam dengan alasan terlalu sibuk dengan tanggungjawab mereka. Tanpa bersenam, kita masih boleh menguruskan badan, tetapi perlu melakukan aktiviti termogenesis, iaitu istilah yang digunakan bagi pergerakan tidak cukup cergas untuk dipanggil senaman. Aktiviti tersebut mampu membakar 350 kalori sehari. Sekiranya pekerjaan hanya di dalam pejabat, berjalanlah selama 15 minit setiap jam. Gunakan tangga, elakkan menggunakan lif. Rahsia membakar kalori ketika berehat adalah dengan melipat baju atau menggosok pakaian ketika menonton television. Cara membakar kalori bersama anak-anak pula adalah seperti menghantar mereka ke sekolah dengan berjalan kaki sekiranya lokasi sekolah tersebut hampir dengan rumah. Selain itu, kalori juga boleh dibakar dengan melakukan kerja-kerja di rumah atau semasa bersosial. Jangan lupa untuk meminum banyak air masak, tidur cukup, membuat aktiviti yang menyeronokkan dan gaya pemakanan yang sihat.
Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuruskan badan tanpa senaman, anda boleh rujuk di laman:
1) http://annehashim.com/5-cara-rahsia-kuruskan-badan-bakar-kalori-tanpa-senaman/
2) http://hairul.com/blog/tips-menurunkan-berat-badan-tanpa-senaman/