Puasa. Ya, itulah jawapan kepada cara menguruskan badan cara Islam yang terbaik. Ibadah puasa bukan sahaja membantu menjaga kesihatan, tetapi juga mengekalkan bentuk badan yang menarik. Kesan amalan berpuasa terhadap bentuk badan amat ketara jika mengikut seperti yang dianjurkan seperti berbuka dengan kurma atau lebihkan buah-buahan. Jangan memandang remeh sahur kerana fungsinya sama seperti sarapan. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak selepas tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana amalan ini akan menggalakkan kegemukan. Selain daripada itu, elakkan pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak serta berkabohidrat.Walaupun berpuasa, minum banyak air ketika sahur dan berbuka selain terus mengamalkan senaman yang ringan.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kuruskan badan cara Islam, anda boleh rujuk di laman:
>> http://kurusgemuk.blogspot.com/2010/05/cara-menjadi-kurus-mengikut-islam.html
>> http://www.ciktom.com/tips-diet-sepanjang-bulan-puasa-ramadhan/