Senaman untuk wanita hamil

Terdapat senaman khusus untuk wanita yang tengah hamil. Senaman adalah baik untuk kesihatan dan ibu yang hamil digalakkan untuk membuat senaman tersebut. Masa yang sesuai untuk wanita hamil melakukan senaman adalah bermula daripada tiga atau minggu kehamilan. Ia haruslah dimulakan dengan perlahan. Adalah digalakkan untuk menyertai program senaman kerana terdapat jurulatih yang pakar akan membantu wanita hamil melakukan aktiviti senaman. Selain itu, dengan bantuan jurulatih ia akan mengurangkan risiko kepada wanita hamil yang boleh membahayakan kesihatan atau membahayakan kandungan.
Langkah dan tips ketika bersenam adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan masa untuk berehat agar suhu badan berada dalam keadaan normal serta kadar denyuran berada di bawah 140.
2. Elakkan senaman yang memerlukan anda berbaring kerana ia akan mengurangkan aliran darah menuju ke uterus.
3. Mengelak daripada kegagalan otot semasa membuat latihan.
4. Lakukan senaman isolasi seperti leg curl dan leg extension.
5. Jauhi daripada melakukan senaman yang ana perlu baring menghadap bawah.
6. Senaman dengan ulangan tidak digalakkan. Hal ini kerana ia akan mengetatkan bahagian sendi.
7. Jauhi daripada melakukan senaman perut seperti crunches.
8. Senaman abdominal contraction adalah satu senaman perut yang boleh dilakukan wanita hamil.
9. Ibu hamil digalakkan untuk mendapat nasihat daripada jurulatih yang dipercayai.
10. Elakkan daripada menahan nafas ketika melakukan senaman.

Wanita digalakkan untuk bersenam tetapi adalah lebih jika terdapat jurulatih dan tidak bersenam bersendirian. Ahli keluarga seperti suami juga boleh bersenam dengan isteri yang tengah hamil untuk memastikan keadaan isteri sentiasa baik dan tidak melakukan kesilapan ketika bersenam.

Antara faedah yang diperolehi ketika melakukan senaman adalah:

1. Pemulihan akan berlaku dengan cepat selepas bersalin.
Hal ini bermaksud selepas bersalin, wanita akan sembuh dengan cepat. Jika tidak bersenam, kemungkinan wanita akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk sembuh selepas bersalin. Bagi yang melakukan senaman, peluang untuk sembuh cepat adalah lebih tinggi iaitu sekitar 1 bulan.

2. Mengurangkan risiko bertambah berat badan
Senaman juga akan mengurangkan risiko penambahan berat badan setelah bersalin. Oleh yang demikian, senaman dapat membantu mempertahankan berat badan sedia ada dan tidak perlu risau akan penambahan berat badan.
3. Melahirkan anak dengan mudah
Senaman juga akan mempengaruhi proses kelahiran anak di mana potensi untuk melahirkan dengan mudah adalah tinggi. Oleh itu, bayi akan dilahirkan dengan mudah dan selamat. Hal ini bermaksud melakukan senaman dapat memerikan manfaat kepada ibu yang hamil.

Petua lama kuruskan badan

Walaupun banyak produk kecantikan seperti produk kuruskan badan yang mudah digunakan, namun petua lama tidak harus dipinggirkan. Menurut petua orang dulu-dula, selepas bangun pagi, sebelum memberus gigi dan berkumur, minum air suam atau air kosong sebanyak 1.5 liter dalam tempoh 30 minit. Amalan ini akan berfungsi membantu sistem perkumuhan dalam badan anda yang akan  bertindak mengeluarkan segala toksin yang tersimpan di dalam badan dengan secepat mungkin. Petua lain yang boleh diamalkan adalah bertungku. Amalan bertungku tidak hanya terhad penggunaannya kepada perempuan yang tengah berpantang, tetapi juga boleh digunakan oleh orang biasa untuk memecahkan lemak tepu di dalam badan. Amalan bertungku membuatkan seseorang pengamalnya menjadi lebih sihat.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai petua lama kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman berikut:

1)      http://www.epetua.com/petua-untuk-kurus-badan-dengan-segera/

2)      http://munira.inter.net.my/2011/10/berpantang-tips-kuruskan-badan-dengan.html

 

Tips untuk kuruskan badan

Semua orang inginkan bentuk badan yang cantik dan menarik,bukan? Jom tengok tips yang boleh diamalkan untuk kuruskan badan. Kepada anda yang merasakan diri terlebih berat, janganlah terlalu memikirkan masalah berat badan sehingga mengganggu fikiran. Sibuk-sibukkan diri anda dengan aktiviti yang menarik serta amalkan pengambilan sarapan pagi awal. Sentiasa membaca nutrisi di label makanan sebelum memakan makanan yang dibeli. Seterusnya buat target berat badan yang realistik untuk dicapai. Pengambilan makan yang seimbang amat penting dalam usaha menguruskan badan. Jangan jadi pemalas, ringan-ringankan tulang untuk membuat kerja-kerja di rumah dan sebagainya. Cuba lakaukan aktiviti yang menyeronokkan seperti menari di depan television.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai tips untuk kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://www.kedaiwan.com/blog/02/07/tips-berdiet-nak-kuruskan-badan/

2)      http://www.linajalil.com/2011/04/tips-kuruskan-badan-tanpa-perlu.html

 

Air halia kuruskan badan

Halia yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya memanaskan badan, membuang angin di dalam badan dan melancarkan peredaran darah rupanya menyimpan seribu satu rahsia lain seperti menguruskan badan. Caranya, mula-mula, kisar 2 inci halia dengan ½ cawan air. Kemudian tapis dan perah dengan sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan minuman ini sebelum tidur. Satu lagi petua yang menjimatkan adalah dengan mengambil air halia yang pekat dicampur dengan sebiji telur ayam kampung dan madu lebah. Seterusnya, kacau. Amalkan mengambil minuman ini seminggu sekali.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai air halia kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

1)       http://zonwanita.blogspot.com/2010/11/petua-kuruskan-badan-dengan-air-halia.html

2)      http://petuaemak.com/petua-badan-kurus-dan-slim/

 

Kuruskan badan dalam masa sebulan

Mungkin ramai yang di luar sana ingin kuruskan badan dalam masa yang cukup singkat. Justeru di sini terdapat beberapa perkongsian untuk menguruskan badan dalam masa sebulan. Pertama kali, minum air teh tanpa gula sebelum tidur. Ia berfungsi untuk membantu membakar lemak dalam badan. Amalkan berjogging atau sauna mahupun yoga untuk membakar lemak di dalam badan. Amalkan makan malam sebelum pukul 8 malam. Pengambilan marjerin perlu dikurangkan selain menukarkan saiz pinggan nasi kepada saiz yang lebih kecil. Perbanyak makanan bijiran dalam menu makanan supaya pengambilan nasi dapat dikurangkan. Kurangkan kalori semasa memasak seperti memanggang dan merebus berbanding menggoreng. Senaman perlu kerap dilakukan di samping menentukan waktu makan. Latih diri untuk tidur lebih awal. Seterusnya tambahkan kuantiti sayur dalam hidangan. Tekad dan motivasi diri yang kuat perlu untuk mencapai segala yang diidamkan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai cara kuruskan badan dalam masa sebulan, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://busuk.org/ping/view/79612

2)      http://darkbatman.com/tips-kuruskan-badan-part-3/

 

Ubat untuk kuruskan badan

Pemilihan ubat yang betul untuk menguruskan badan amat penting untuk menjamin keberkesanannya dan menelakkan daripada berlakunya kesan sampingan. Mereka yang cukup sukar untuk menurunkan berat badan kerana lemak tepu yang terkumpul seharusnya mengambil L Carnitine dahulu bagi memecahkan lemak yang terkumpul pada bahagian tertentu. Penggunaan exstrak garcinia extra pula dapat membantu mengurangkan nafsu makan di samping meningkatkan metabolisma. Bagaimanapun, hasil gabungan antara garcinia dan senna adalah pilihan terbaik bagi yang ingin mencapai berat ideal mahupun menguruskan badan dalam masa yang sama menjaga kesihatan jantung. Hal ini adalah kerana Garcinia dan senna telah terbukti berkesan meningkatkan kadar metabolisma dan seterusnya membakar lemak tepu di dalam tubuh.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ubat untuk kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://zuzila.com/blog/tip-kecantikan/kuruskan-badan-dengan-cara-yang-berkesan/

2)      http://zuzila.com/blog/tag/ubat-kuruskan-badan-berkesan/

 

Kuruskan badan cara selamat

Mesti ramai yang mempunyai keinginan untuk menguruskan badan, kan? Sebaik-baiknya gunakanlah cara selamat untuk mencapai keinginan tersebut. Contohnya mengambil sesuatu yang pahit seperti kopi sebelum makan. Hal ini adalah kerana ia menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL yang membantu mempercepat penghadaman. Kunyah makanan kepada cebisan yang lebih kecil dan banyakkan mengambil buah dan sayur. Jangan lupa minum air 8 gelas pada setiap hari. Ubah gaya pemakanan kepada yang lebih sihat. Senaman juga jangan sesekali diabaikan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuruskan badan cara selamat, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://www.drhpm.com/info-kesihatan-hpm/kuruskan-badan-dengan-cara-sihat.htm

2)      http://meandherbalife.blogspot.com/2010/06/patch-untuk-kuruskan-badan.html

 

Kuruskan badan tanpa senaman

Ramai dalam kalangan kita tidak bersenam dengan alasan terlalu sibuk dengan tanggungjawab mereka. Tanpa bersenam, kita masih boleh menguruskan badan, tetapi perlu melakukan aktiviti termogenesis, iaitu istilah yang digunakan bagi pergerakan tidak cukup cergas untuk dipanggil senaman. Aktiviti tersebut mampu membakar 350 kalori sehari. Sekiranya pekerjaan hanya di dalam pejabat, berjalanlah selama 15 minit setiap jam. Gunakan tangga, elakkan menggunakan lif. Rahsia membakar kalori ketika berehat adalah dengan melipat baju atau  menggosok pakaian ketika menonton television. Cara membakar kalori bersama anak-anak pula adalah seperti menghantar mereka ke sekolah dengan berjalan kaki sekiranya lokasi sekolah tersebut hampir dengan rumah. Selain itu, kalori juga boleh dibakar dengan melakukan kerja-kerja di rumah atau semasa bersosial. Jangan lupa untuk meminum banyak air masak, tidur cukup, membuat aktiviti yang menyeronokkan dan gaya pemakanan yang sihat.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuruskan badan tanpa senaman, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://annehashim.com/5-cara-rahsia-kuruskan-badan-bakar-kalori-tanpa-senaman/

2)      http://hairul.com/blog/tips-menurunkan-berat-badan-tanpa-senaman/

 

Makanan kuruskan badan

Untuk menguruskan badan, tidaklah sesusah mana sekiranya mengapikasikan cara yang betul. Percayakah anda bahawa kurma pun boleh menguruskan badan? Cuba jadikan kurma sebagai hidangan makan malam sebagai ganti untuk nasi dan lauk pauk. Kurma merupakan makanan tanpa lemak yang memberi tenaga dengan cepat kepada tubuh. Amalan memakan kurma adalah cara menguruskan badan yang berkesan secara sihat. Selain itu,kita perlu pelbagaikan warna makanan atau diet kita. Buah-buahan dan sayur-sayuran merah mengandungi nutrien yang membantu menjaga kesihatan jantung dan saluran kencing selain membantu ingatan dan mengurangkan risiko mendapat beberapa jenis kanser. Buah-buahan dan sayur-sayuran kuning dan oren pula mengandungi antioksidan yang memelihara jantung, penglihatan, dan sistem imun yang sihat. Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau membantu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan mengekalkan tulang dan gigi yang kuat. Buah-buahan dan sayur-sayuran biru dan ungu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser dan menjaga kesihatan saluran kencing anda. Makanan putih menggalakkan kesihatan jantung.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai makanan kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

 

1)      http://hairul.com/blog/tips-cara-kuruskan-badan-dengan-kurma-makanan-para-nabi/

2)      http://carakuruskanbadan.com/pemakanan-seimbang-makanan-pelbagai-warna.html

 

Diet kuruskan badan

Diet yang sihat membenarkan anda menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan anda termasuklah mendapatkan tubuh yang cantik. Anda boleh mula dengan memakan 5 hingga 7 hidangan kecil berbanding hidangan yang besar. Jangan skip hidangan dan kenali keperluan kalori seharian anda. Elakkan pengambilan kalori dalam minuman, minum air mineral dan jangan makan buah-buahan denagn berlebihan. Pastikan pengambilan karbohidrat tidak melebihi segenggam tangan. Pastikan protein yang diambil mencukupi dan kawal nafsu makan. Pengambilan salad merupakan makanan yang paling disyorkan apabila ingin menguruskan badan. Hal ini adalah kerana salad mempunyai banyak serat dan vitamin disamping kalori yang rendah.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai diet kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/

2)      http://annehashim.com/tips-diet-sihat-dengan-makan-salad/

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...