Diet yang sihat membenarkan anda menikmati keenakan pelbagai jenis makanan sambil mengekalkan tahap pemakanan dan kesihatan anda termasuklah mendapatkan tubuh yang cantik. Anda boleh mula dengan memakan 5 hingga 7 hidangan kecil berbanding hidangan yang besar. Jangan skip hidangan dan kenali keperluan kalori seharian anda. Elakkan pengambilan kalori dalam minuman, minum air mineral dan jangan makan buah-buahan denagn berlebihan. Pastikan pengambilan karbohidrat tidak melebihi segenggam tangan. Pastikan protein yang diambil mencukupi dan kawal nafsu makan. Pengambilan salad merupakan makanan yang paling disyorkan apabila ingin menguruskan badan. Hal ini adalah kerana salad mempunyai banyak serat dan vitamin disamping kalori yang rendah.
Jika anda ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai diet kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:
1) http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/25-tip-kuruskan-badan/
2) http://annehashim.com/tips-diet-sihat-dengan-makan-salad/