Halia yang sememangnya terkenal dengan khasiatnya memanaskan badan, membuang angin di dalam badan dan melancarkan peredaran darah rupanya menyimpan seribu satu rahsia lain seperti menguruskan badan. Caranya, mula-mula, kisar 2 inci halia dengan ½ cawan air. Kemudian tapis dan perah dengan sebiji limau dan sedikit gula. Amalkan minuman ini sebelum tidur. Satu lagi petua yang menjimatkan adalah dengan mengambil air halia yang pekat dicampur dengan sebiji telur ayam kampung dan madu lebah. Seterusnya, kacau. Amalkan mengambil minuman ini seminggu sekali.
Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai air halia kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:
1) http://zonwanita.blogspot.com/2010/11/petua-kuruskan-badan-dengan-air-halia.html
2) http://petuaemak.com/petua-badan-kurus-dan-slim/