Kopi sememangnya minuman yang mempunyai aroma yang nyaman dan sedap dihirup terutamanya ketika masih panas. Namun rata-rata daripada kita mengelak daripada meminumnya atas alasan menggemukkan. Cubalah positifkan fikiran dan mencuba sedikit kelainan denagan meminum kopi sebelum bersenam. Kandungan kafein dalam kopi menjadi wake-up call untuk otak. Ia membantu untuk mengekalkan tahap kecerdasan lebih daripada 30 minit. Selain daripada itu, ianya membantu membakar lemak terlebih dahulu daripada karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga bagi aktiviti kecergasan tersebut. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Namun, apa yang perlu diperhatikan adalah kandungan gula dalam kopi adalah terkawal.
Andai ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kopi untuk kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:
>> http://www.tipsdanpetua.com/minum-kopi-sebelum-bersenam-2/
>> http://ambooyats.blogspot.com/2010/08/kuruskan-badan-dengan-coffee.html