Tips untuk kuruskan badan dengan cepat

Bagi sesetengah orang, menjadi kurus tidaklah sukar jika kena strategi dan cara yang betul. Pertama, sediakan senarai makanan beserta kandungan kalorinya sekali. Sebelum makan, minum terlebih dahulu. Anda perlu lebihkan sup daripada nasi kerana kalorinya lebih rendah. Elakkan minuman berkalori dan banyakkan memakan sayur-sayuran semasa makan tengah hari. Adalah penting untuk memotivasikan diri anda serta bersenamlah bersama yang tersayang. Banyakkan meminum air masak selain banyakkan mengambil sayur-sayuran dan makanan berasaskan soya. Anda digalakkan bersenam 30 minit sehari. Sebelum tidur, sematkan azam di hati ingin menguruskan badan.

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan tips untuk kuruskan badan dengan cepat, anda boleh layari laman:

>>      http://darkbatman.com/tips-kuruskan-badan-dengan-cepat/

>>      http://anoraini.blogspot.com/2011/07/tips-kuruskan-badan-dengan-cepat.html

 

Kopi untuk kuruskan badan

Kopi sememangnya minuman yang mempunyai aroma yang nyaman dan sedap dihirup terutamanya ketika masih panas. Namun rata-rata daripada kita mengelak daripada meminumnya atas alasan menggemukkan. Cubalah positifkan fikiran dan mencuba sedikit kelainan denagan meminum kopi sebelum bersenam. Kandungan kafein dalam kopi menjadi wake-up call untuk otak. Ia membantu untuk mengekalkan tahap kecerdasan lebih daripada 30 minit. Selain daripada itu, ianya membantu membakar lemak terlebih dahulu daripada karbohidrat di dalam tubuh sebagai sumber tenaga bagi aktiviti kecergasan tersebut. Kafein membantu memecah lemak menjadi sumber tenaga sedia guna. Perkara ini mendorong badan lebih banyak memanfaatkan lemak, sehingga pembakaran karbohidrat menjadi lebih terbatas. Namun, apa yang perlu diperhatikan adalah kandungan gula dalam kopi adalah terkawal.

Andai ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kopi untuk kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:

>>     http://www.tipsdanpetua.com/minum-kopi-sebelum-bersenam-2/

>>     http://ambooyats.blogspot.com/2010/08/kuruskan-badan-dengan-coffee.html

 

Minuman untuk kuruskan badan

Terdapat berbagai cara untuk menguruskan badan. Antaranya termasuklah dengan hanya menggunakan minuman seperti kopi, air putih, teh hijau dan jus sayuran. Meminum 2 gelas air putih sebelum mengambil makanan mampu membuatkan perut merasa kenyang lebih cepat dan mengurangkan ratusan kalori setiap hari. Kopi pula adalah minuman bebas kalori dan kaya dengan antioksidan. Pengambilan kopi dalam jumlah 3 hingga 4 cawan setiap hari mampu membantu mood, tumpuan dan kesegaran sekaligus menurunkan risiko diabetes. Manakala ekstrak daripada teh hijau dapat menstimulasikan pengurangan berat badan. Ekstrak teh hijau adalah zat yang ada pada tumbuhan dan dapat membantu membakar kalori dan mengurangkan lemak dalam badan. Jus sayuran memiliki nutrisi yang sama seperti jus buah – buahan tetapi jumlah kalorinya agak sedikit. Jus ini kaya dengan serat dan mampu menahan rasa lapar. Atau anda boleh juga mencuba minuman campuran buah – buahan yang dipotong kecil dengan yogurt nestle bliss ataupun susu rendah lemak.

Jika ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan minuman untuk kuruskan badan, anda boleh layari laman:

>>     http://darkbatman.com/search/kopi-kuruskan-badan/

>>      http://penmerah.com/minuman-untuk-kuruskan-badan/

 

Kuruskan badan cara Aizat

Untuk menguruskan badan seperti cara Aizat, faktor kerja keras yang konsisten dan mempunyai diet yang betul adalah penting. Antara tips Aizat ialah set jangka masa ingin kurus dan target berat. Kemudian berhenti makan nasi, air bergas dan makanan ringan untuk tempoh 3 bulan tersebut.Namun, makan setiap 4 jam makanan yang kurang kandungan minyak, gula dan minyak. Sebaiknya makan makanan organik. Amalkan bersenam 30 minit pada setiap hari dan tidak boleh ditinggalkan dalam masa 3 bulan. Perkara yang paling penting ialah keinginan dan kemahuan diri. Jangan sesekali putus asa. Aizat juga mengamalkan senaman dan diet seimbang serta tidak menjamah makanan segera. Selain daripada itu, Aizat juga akan pergi ke gym 2 kali seminggu di samping mengamalkan diet mengikut saranan doktor.

Andai ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuruskan badan cara Aizat, anda boleh rujuk di laman:

>>       http://arnamee.blogspot.com/2011/07/cara-aizat-kuruskan-badan-tips-diet.html

>>      http://www.jomdiet.com/lagi-tips-bagaimana-aizat-kurus/

>>      http://www.jomdiet.com/rahsia-diet-aizat/

 

Kuruskan badan cara Islam

Puasa. Ya, itulah jawapan kepada cara menguruskan badan cara Islam yang terbaik. Ibadah puasa bukan sahaja membantu menjaga kesihatan, tetapi juga mengekalkan bentuk badan yang menarik. Kesan amalan berpuasa terhadap bentuk badan amat ketara jika mengikut seperti yang dianjurkan seperti berbuka dengan kurma atau lebihkan buah-buahan. Jangan memandang remeh sahur kerana fungsinya sama seperti sarapan. Elakkan makan dalam kuantiti yang banyak selepas tarawih dan tidur ketika perut masih kenyang kerana amalan ini akan menggalakkan kegemukan. Selain daripada itu, elakkan pengambilan makanan yang mengandungi nilai kalori yang tinggi, berlemak serta berkabohidrat.Walaupun berpuasa, minum banyak air ketika sahur dan berbuka selain terus mengamalkan senaman yang ringan.

Sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kuruskan badan cara Islam, anda boleh rujuk di laman:

>>     http://kurusgemuk.blogspot.com/2010/05/cara-menjadi-kurus-mengikut-islam.html

>>     http://www.ciktom.com/tips-diet-sepanjang-bulan-puasa-ramadhan/

 

Kuruskan badan tanpa ubat

Mengambil ubat untuk menguruskan badan agak berisiko kerana banyak mendatangkan kesan sampingan kepada pengguna seperti alahan, malah ada yang membawa maut. Jadi untuk kekal kurus dan cantik secara selamat, eloklah kita memilih cara semulajadi yang lebih selamat. Pertama, jangan tinggalkan sarapan pagi. Amalkan meminum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari dan jangan biarkan perut kosong. Kurangkan gula dan garam, elakkan pengambilan minuman berkarbonat dan makanan ringan. Makanlah perlahan-lahan dan makan dalam kuantiti yang sedikit, tapi kerap. Seterusnya, jangan lupa amalkan pengambilan makanan yang berempah. Pengambilan makanan terakhir pula mesti 4 jam atau lebih sebelum tidur.

Seandainya ingin mengetahui dengan lebih terperinci mengenai kuruskan badan tanpa ubat, anda boleh rujuk di laman:

>>     http://www.dapurkakjee.com/2011/06/kuruskan-badan-tanpa-ubat.html

>>     http://slimdiet2.org/2011/07/07/cara-nak-kurus-yang-selamat-tanpa-ubat-ubatan/

 

Kuruskan badan cara tradisional

Walaupun kini terdapat lambakan produk dan teknologi moden dalam bidang perubatan di pasaran, namun petua tradisional tetap tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Salah satu petuanya adalah menggunakan gabungan bahan seperti ketumbar, jintan manis, jintan putih, lada hitam masing-masing setiap sudu kecil bersama 2 hiris halia. Rebus semua bahan tersebut dengan sedikit air. Kemudian masukkan air rebusan ke dalam gelas dan minum ketika suam. Amalkan meminumnya setiap pagi, petang dan malam. Selain itu khasiat buah pinang usah dilupakan. Hiris nipis sebiji buah pinang dan jemur sehingga kering. Kemudian, tumbuk lumat sehingga menjadi serbuk. Ambil setengah sudu teh serbuk pinang tersebut dan campurkan dengan air panas. Rendam semalaman dan minum pada waktu pagi dan petang bersama serbuknya sekali. Amalkan selama dua minggu.

Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kuruskan badan cara tradisional, anda boleh rujuk di laman:

1)      http://cucurjawa.blogspot.com/2009/05/kuruskan-badan-dengan-cara-tradisional.html

2)      http://srohana.blogspot.com/2011/04/tips-kuruskan-badan-cara-tradisional.html

 

Buah untuk kuruskan badan

Mungkin ramai yang sudah tahu mengenai khasiat buah-buahan seperti sumber protein, vitamin, serat yang yang membantu sistem penghadaman, proses pembakaran lemak dan sebagainya. Contohnya buah tembikai. Buah ini boleh dijadikan menu untuk kuruskan badan kerana mempunyai kandungan air yang tinggi dan rendah kalori. Petua tradisional menguruskan badan dengan delima juga boleh diaplikasikan. Caranya cukup mudah, hanya menggunakan sebiji delima yang telah dikikis kulitnya. Kemudian kisar delima tersebut dengan setengah gelas air dan tambahkan secubit garam. Seterusnya, tapis delima tersebut dan sejukkannya di dalam peti sejuk. Amalkan meminumnya seminggu sekali sesudah makan tengah hari.

Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai buah untuk kuruskan badan, anda boleh rujuk di laman:
>>       http://darkbatman.com/kuruskan-badan-dengan-buah-tembikai/

>>      http://petuasejagat.blogspot.com/2008/10/menurunkan-berat-badan-dengan-buah.html

 

Kuruskan badan dengan sauna

Sauna telah diketahui umum memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan mahupun kecantikan tubuh badan. Sauna bertindak meningkatkan degupan jantung antara 50 sehingga 75% dalam masa hanya 20 minit. Disebabkan itu, dengan kadar metabolisme tubuh, sauna akan membantu meningkatkannya sehingga 20% ke 60%. Hasilnya, tubuh badan dapat membakar kalori lebih banyak dan kesannya mampu bertahan hingga 3 jam selepas itu.Satu sesi sauna mampu membakar kalori sebanyak 600 kalori. Membakar lemak boleh menurunkan berat dan sekaligus menjadikan badan lebih kurus. Keadaan tempat sauna yang ekstrem, iaitu suasana panas dan kering, jantung akan berdegup laju dan peredaran darah akan menjadi lebih lancar. Apabila sistem tersebut berjalan dengan lancar, kalori akan dibakar.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kuruskan badan dengan sauna, anda boleh rujuk di laman berikut:

>>      http://hafizmahadzir.wordpress.com/2009/03/16/sauna-sejauh-mana-ia-membantu-kuruskan-badan/

>>      http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-benefits-sauna-kuruskan-badan/

 

Jus kuruskan badan

Risau badan semakin berat dan lemak semakin bertambah? Kini anda tidak perlu risau kerana dengan hanya meminum jus, anda mampu menguruskan badan dengan mudah. Jus Epal Cider Madu (Honey Apple Cider) ataupun cuka epal yang merawat pelbagai jenis penyakit dan mengekalkan kesihatan mampu menurunkan berat badan. Peranan jus ini dapat dilihat pada fungsinya yang dapat memecahkan lemak, mengurangkan tahap kolestrol ‘jahat’ dalam badan, mengurangkan stress (yang boleh menyebabkan kenaikan berat badan), menyingkirkan toksik di dalam badan, bertindak sebagai penahan nafsu makan dan meningkatkan kadar metabolisme badan untuk mempercepat pembakaran lemak. Sekiranya menjamu selera di tempat restoran mahupun kedai, pilih minuman yang masam seperti jus oren atau air limau kerana minuman masam akan menggalakkan proses pembakaran lemak.

Sekiranya ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai jus kuruskan badan, anda boleh melawati laman berikut:

>>      http://setelkahwin.com/blog/petua-kurus-dengan-jus-epal-cider-madu-advertorial/

>>      http://jiwang.org/health-education/27233-petua-kuruskan-badan.html

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...