Panduan perjalanan jauh untuk ibu mengandung

Ibu mengandung yang perlu atau ingin melakukan perjalanan yang jauh, terdapat pelbagai tips yang boleh dijadikan contoh agar perjalanan sentiasa selamat dan kandungan akan berada dalam keadaan sihat. Oleh itu, ibu mengandung hendaklah menitikberatkan perkara ini dengan mengetahui beberapa panduan iaitu mempertimbangkan usia kehamilan ketika ingin melakukan perjalanan jauh. Selain itu, pertimbangkan keadaan kesihatan kesihatan, tahap kesihatan diri sendiri dan persekitaran perjalanan yang harus ditempuhi.

Antara panduan perjalanan jauh untuk ibu mengandung adalah:

1.   Menaiki kereta

®     Pastikan keadaan kereta berkeadaan baik

®     Pilih lokasi tempat duduk yang selesa

®     Penyaman udara di dalam kereta berfungsi dengan sempurna

®     Amalkan istirehat setiap dua jam.

®     Bawa bantal kecil untuk digunakan sebagai alas punggung

®     Memakai pakaian yang selesa dan longgar

®     Pilih lokasi rehat yang mempunyai kemudahan seperti tempat makan dan ruang solat.

2.   Perjalanan menaiki feri

®     Memberitahu doktor bahawa ingin menaiki feri yang mengambil tempoh masa lama

®     Memberitahu doktor dalam kapal yang anda sedang hamil

®     Bawa ubat mabuk laut yang disarankan oleh doktor

3.   Perjalanan menaiki kapal terbang

®     “check in” lebih awal dan minta tempat duduk yang selesa

®     Banyakkan minum air jika penerbangan mengambil masa yang agak lama

®     Menggerakkan kaki setiap 15 minit untuk mengelak berlakunya kekejangan di bahagian kaki.

®     Melakukan pergerakan seperti meluruskan kaki, menggerakkan ibu jari serta memutar pergelangan kaki

 

 

  1. 4.   Perjalanan menaiki kereta api

®     Pastikan anda membeli tiket yang berhampiran dengan tandas untuk memudahkan pergerakan

®     Jangan lupa untuk memakai pakaian sejuk ketika waktu malam

®     Tidak mengangkat bagasi bersendirian. Jika perlu, minta bantuan orang lain.

Kesimpulannya, ibu mengandung hendaklah memastikan perjalanan mereka berada dalam keadaan baik dan sihat. Adalah lebih baik, jika ibu mengandung tidak melakukan perjalanan yang jauh bersendirian. Sebaiknya ditemani oleh suami atau ahli keluarga untuk membantu dan memastikan destinasi yang dituju akan sampai dengan selamat.

Kepentingan zat besi untuk ibu mengandung

Zat besi juga mempengaruhi tahap kesihatan wanita hamil dan bayi dalam kandungan. Tambahan lagi, zat besi merupakan komponen penting dalam sel darah merah yang berfungsi untuk menghantar oksigen ke seluruh tubuh badan. Zat besi penting dalam menjalankan kehidupan seharian kerana oksigen adalah penting untuk terus bernyawa. Dengan itu, wanita hamil yang mempunyai risiko menghadapi masalah anemia haruslah mengambil langkah yang sepatutnya dan mengambil rawatan di klinik atau hospital yang berhampiran.

Wanita yang mempunyai risiko untuk menghidapi penyakit anemia atau kekurangan zat tersebut adalah  wanita yang telah disahkan mempunyai masalah anemia ketika hamil. Selain itu, kehilangan darah yang banyak ketika melahirkan anak turut menjadi faktor anemia. Antara faktor lain adalah wanita yang sudah berulang kali melahirkan anak dan wanita yang menyusukan bayi. Oleh yang demikian, adalah penting untuk wanita mendapatkan rawatan jika mempunyai risiko berhadapan dengan masalah anemia demikian.

Antara punca zat besi berkurangan dalam badah adalah kemungkinan disebabkan oleh diet. Hal ini brmaksud diet yang diamalkan tidak mempunyai zat besi yang cukup. Oleh itu, ia akan memberikan kesukaran untuk oksigen bergerak dalam badan. Selain itu, zat besi berkurangan juga berlaku akibat pengambilan ubat yang memberikan kesan sampingan kepada tubuh, faktor genetik, mengalami kehilangan darah yang banyak serta faktor kehamilan.

Oleh yang demikian, zat besi tambahan adalah penting untuk wanita hamil kerana ia akan menyalurkan banyak darah di mana ia amat penting untuk menampung khasiat pemakanan dan ia juga penting untuk bayi. Anggaran zat untuk wanita adalah sebanyak 30 peratus lebih banyak zat ketika mengandung. Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan zat sentiasa cukup dalam badan agar kesihatan akan terjamin. Namun jika menghadapi masalah kekurangan zat atau anemia, wanita hamil hendaklah segera mendapatkan rawatan dan tidak mengabaikan permasalahan tersebut.  Pakar atau doktor yang berkelayakan akan membantu anda menyelesaikan masalah kekurangan tersebut.

Amalan wanita hamil

Artikel ini akan menjelaskan amalan yang boleh dijadikan panduan kepada ibu mengandung menurut ajaran Islam. Panduan ini amat penting kepada wanita hamil kerana ia akan memberi manfaat kepada diri sendiri dan anak dalam kandungan. Semoga amalan yang dilaksanakan akan diredhai oleh Allah S.W.T. Antara amalan yang harus dijadikan panduan adalah:
1. Bertaubat
Menginsafi perbuatan dan kesilapan lalu merupakan perkara yang mulia untuk dilaksanakan. Pohonlah keampunan daripada tuhan atas segala dosa-dosa yang telah dilakukan secara sedar atau sebaliknya. Semoga dengan taubat, anak yang bakal lahir akan menjadi anak yang soleh dan bertaqwa. Oleh itu, ibu yang mengandung hendaklah sentiasa berdoa untuk mendapat keredhaan di dunia dan akhirat.

2. Memperbanyakkan membaca Al-Quran
Wanita hamil yang kerap membaca ayat suci Al-Quranwalaupun tengah mengandung adalah wanita yang solehah. Hati akan menjadi tenang dan anak dalam kandungan turut mendengar alunan suara merdu bacaan Al-Quran. Semoga dengan itu, anak yang dikandung akan menjadi soleh atau soleh serta cinta kepada Al-Quran. Antara ayat-ayat suci Al-Quran yang boleh di amalkan adalah seperti :

- Surah Luqman iaitu surah untuk memperolehi anak yang taat serta soleh/solehah
- Surah Maryam iaitu surah untuk memperolehi anak yang cantik, sihat dan kacak.
- Surah Maryam iaitu surah untuk kemudahan ketika melahirkan anak
- Surah Al-Fatihah
- Membaca Yassin
- Surah taubat
- Surah Al-Araaf ayat 189
- Surah An-Nahl ayat 78

3. Tutup aurat dengan sempuna
Wanita di wajibkan untuk menutup aurat dengan sempurna termasuklah ketika mengandung. Elakkan daripada memakai pakaian yang jarang, ketat dan sebagainya yang menampakkan bentuk badan. Tambahan lagi, ia tidak sesuai dipakai ketika hamil dan akan menambahkan dosa sahaja. Semoga dengan menutup aurat dengan betul kita mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Amalan tersebut harus dijadikan panduan dan wanita hamil yang beragama islam harus memandang serius akan perkara ini. Di samping itu, terdapat pelbagai amalan lain yang boleh membantu wanita hamil untuk menjadi ibu yang solehah. Wanita hamil hendaklah mencari inisiatif untuk menambahkan pengetahuan untuk mendapat kehamilan yang sempurna.

Wanita mengandung sila jangan abaikan

Ketika wanita hamil, pelbagai penyakit mudah menyerang keadaan kesihatan tubuh mereka. Oleh yang demikian, segeralah berjumpa dengan doktor di klinik atau hospital yang berdekatan dengan tempat anda. Jagalah kesihatan ketika mengandung dan pastikan mendapat rehat yang secukupnya. Antara simptom yang harus dititik beratkan dan di ambil perhatian oleh wanita hamil adalah:
1. Demam
Jika wanita hamil jatuh demam ketika itu dan suhu badan meningkat sehingga 37 darjah c keatas, mereka haruslah berjumpa dengan doktor. Tambahan lagi, jika wanita hamil tidak mempunyai simptom selsema namun suhu tetap berada dalam paras yang tinggi. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada terjejasnya kandungan dan dikhuatiri akan membahayakan kandungan.

2. Sakit kepala berkekalan
Jika wanita hamil mengalami masalah sakit kepala yang melebihi dua atau tiga jam, anda hendaklah turut membuat pemeriksaan. Hal ini dikhuatiri adalah disebabkan oleh pra-eklampsia. Tambahan lagi, jika ia mempengaruhi penglihatan dan tangan menjadi bengkak akibat sakit kepala yang berterusan.

3. Dahaga
Ketika hamil, wanita hamil juga berpotensi untuk merasa dahaga numun kurang membuang air kecil. Hal tersebut boleh menjadi simptom diabetes ketika hamil atau penyahidratan. Jika wanita hamil harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana ia boleh memberi risiko kepada kandungan dan diri anda sendiri.

4. Muntah
Jika wanita hamil kerap muntah sehingga dua hingga tiga kali sehari, keadaan tersebut akan menyebabkan anda menjadi lemah. Selain itu, ia juga akan membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan. Jika berterusan, hendaklah segera mendapatkan rawatan di hospital agar masalah sedemikian dapat diselesaikan dan kandungan kekal sihat.

5. Pening
Ada sesetengah wanita hamil akan merasa pening dan pengsan jika badan menjadi semakin lemah. Antara faktor perkara ini terjadi adalah kemungkinan wanita hamil tersebut tidak cukup makan. Selain itu, ia juga boleh disebabkan oleh tekanan darah rendah yang akan mempengaruhi tahap kesiharan wanita hamil. Pastikan anda mendapat rehat dan mengambil makanan yang sihat ketika hamil.

Kesimpulannya, wanita hendaklah sentiasa memastikan kesihatan diri dan kandungan anak sentiasa berada dalam keadaan sihat. Simptom yang diterangkan di atas adalah antara perkara yang selalu berlaku kepada wanita hamil oleh itu tidak seharusnya kita mengabaikan perkara yang penting terutamanya berkaitan dengan tahap kesihatan diri dan bayi dalam kandungan.

Penyakit kencing manis ketika mengandung

Nama penyakit kenying manis untuk wanita yang hamil juga dikenali sebagai diabetes gestasi. Penyakit tersebut adalah pesakit mengalami lebihan gula dan berlebihan dalam darah. Untuk pengetahuan kita, penyakit kencing wanita hamil adalah bersifat sementara. Hal ini kerana kencing manis wanita hamil berlaku kepada wanita yang tidak mempunyai kencing manis sebelumnya. Setelah ibu hamil melahirkan anak, penyakit diabetes wanita hamil tersebut akan hilang. Ini bermakna, ia hanya berlaku ketika berada dalam keadaan hamil.
Kesan kencing manis ketika hamil adalah seperti berikut:
1. Wanita hamil akan mengalami masalah ketika melahirkan anak
2. Air ketuban akan berlebihan
3. Berat bayi akan melebihi 4kg
4. Bayi akan mengalami masalah pernafasan
5. Berkemungkinan bayi akan meninggal ketika berada dalam kandungan
6. Menghidapi penyakit kuning
7. Berkemungkinan bayi akan cacat

Oleh yang demikian, wanita yang hamil hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dengan membuat pemeriksaan agar masalah penyakit kencing manis ketika hamil ini dapat dikesan pada peringkat awal. Antara pemeriksaan yang boleh diambil adalah ujian toleransi glukosi oral dimana pemeriksaan ini dilaksanakan melalui minum air gula. Dapatkan nasihat daripada pakar dan doktor di hospital yang berdekatan mengenai pemeriksaan tersbut.
Selain itu, penyakit diabetes ketika hamil juga akan menunjukkan simptom kepada wanita hamil. Antara simptom untuk mengalami penyakit tersebut adalah wanita hamil akan merasa keletihan, penglihatan akan menjadi kabur, dahaga dan kerap membuang air. Jika anda mengalami simptom-simptom berkenaan, anda hendakah segera ke hospital yang berdekatan untuk memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan sihat.
Seterusnya, wanita hamil yang berisiko untuk mengalami penyakit diabetes ketika hamil adalah:
• Keluarga mempunyai sejarah kencing manis
• Berusia 35 tahun ke atas
• BMI melebihi 30
• Pernah mengalami diabetes ketika hamil sebelumnya
• Berat badan berlebihan
• Tidak aktif dari aspek fizikal
Kesimpulannya, wanita hamil hendaklah kerap membuat pemeriksaan dan tidak malas untuk berjumpa dengan doktor. Hal ini amat penting untuk menjaga kesihatan dan anak dalam kandungan. Jika menghadapi masalah penyakit diabetes ketika hamil, segera lah mendapatkan rawatan agar kandungan berada dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang masalah ketika melahirkan anak.

Panduan ketika ibu mengandung dan puasa

Pengambilan atau hidangan yang seimbangan serta akan berkasiat akan membantu mengekalkan kesihatan ibu hamil ketika berada dalam bulan puasa. Pemakanan yang seimbang boleh membantu ibu hamil mengekalkan berat badan dan terhindar daripada masalah sakit kepala. lesu atau sembelit. Antara tips yang boleh dijadikan panduan untuk wanita hamil ketika bulan ramadhan adalah:
Ketika Berbuka Puasa
1. Mulakan dengan pengambilan 3 biji buah kurma dan jus segar.
2. Yogurt yang rendah lemak juga baik untuk kesihatan.
3. Mengambil makanan seimbang yang mempunyai khasiat iaitu salad atau ulam-ulaman.
4. Mengambil makanan yang mempunyai protein seperti ayam, ikan dan daging.
5. Mengambil makanan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi dan roti bijian.
6. Jangan lupa makan sayur-sayuran yang berkhasiat.
7. Ibu hamil hendaklah mengelakkan daripada mengambil makanan yang mempunyai lemak tinggi.

Ketika Sahur
1. Ketika bersahur, antara hidangan yang baik adalah nasi beras perang dan roti bijian penuh.
2. Mengambil makanan yang mempunyai bijiran berserat tinggi.
3. Minum susu skim yang mempunyai lemak yang rendah.
4. Makan buahan-buahan seperti kurma.
5. Elakkan daripada minum the ketika sahur kerana ia menyebabkan ternyahidrat.

Perkara yang harus dihindarkan

1. Berehat seketika, setelah itu bangun dan berjalan-jalan ketika sudah habis berbuka.
2. Hindarkan daripada makan pada lewat malam.
3. Elakkan nyahidrat dengan meminum air dalam kuantiti banyak ketika selepas berbuka dan sebelum sahur.

Oleh yang demikian, ibu hamil hendaklah memastikan kesihatan mereka terjamin dengan mengambil pemakanan yang seimbang. Jika mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti mengambil makanan yang mempunyai lemak tinggi ia akan menyebabkan pertambahan berat badan dan akan mengalami masalah pencernaan. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya menjaga pemakanan ketika hamil termasuk ketika berpuasa.

Di samping itu, ibu hamil hendaklah mengetahui akan kepentingan bersahur kerana ia dapat membantu mengekalkan tenaga ibu hamil pada waktu siang. Selain itu, sahur juga membekalkan nutrient penting untuk kekal cergas. Oleh itu, ibu hamil harus mengelakkan daripada tertinggal waktu sahur.

Panduan untuk ibu baru mengandung

1. Menjaga pemakanan
Ibu yang hamil hendaklah mengambil makanan yang seimbang ketika mengandung. Hal ini adalah untuk memastikan kesihatan ibu dan anak yang bakal lahir akan terjamin. Selain itu, pengambilan makanan juga seimbang juga akan menyalurkan zat yang cukup dan mencantikkan kulit anak. Oleh yang demikian, pemakanan adalah antara satu perkara penting yang harus dititikberatkan ketika hamil.

2. Menjaga perlakuan
Tingkah laku ketika hamil turut mempengaruhi keadaan ketika mengandung. Ibu hamil hendaklah mengelakkan daripada perbuatan yang tidak elok seperti marah dan sebagainya. Hal ini kerana, perlakuan akan mempengaruhi sikap anak mereka yang akan lahir. Di samping itu, ibu hamil hendaklah memelihara ibadah iaitu seperti mempertingkatkan amalan snay dan berzikir. Dengan keizinan Allah, anak yang bakal dilhahirkan mempunyai hati yang suci dan bersih.

3. Menjaga pantang larang
Ketika hamil, terdapat pelbagai pantang larang yang harus dipatuhi oleh ibu hamil. Ibu yang hamil adalah lebih baik mendapatkan panduan daripada ibu kandung atau ibu mertua yang sememangnya berpengalaman mengenai pantang-larang semasa hamil. Antara pantang larang tersebut adalah ibu hamil tidak boleh mengambil makanan yang berbisa atau tajam seperti nanas. Selain itu, perbuatan yang tidak elok juga akan mempengaruhi keadaan anak sepeti menyepak kucing atau berbuat jahat pada haiwan yang lain. Jika kaki kucing yang disepak patah, kemungkinan anaj juga akan menjadi abnormal. Walaupun kebenaran tersebut adalah belum sahih, namun adalah lebih baik untuk mengelakkan daripada melakukan perkara yang disebutkan.
4. Sedekah Al-Fatihah
Bacalah ayat-ayat suci Al-Quran ketika hamil. Dengan keizinan Allah, anak yang bakal lahir akan biasa mendengar bacaan Allah dan akan mempengaruhi apabila anak mulai bertambah dewasa. Ibu dan ayah harus memainkan peranan dengan mengucapkan kata-kata indah Al- Quran sebagai tanda saying kepada bayi tersebut. Tambahan lagi, ia akan mengeratkan perhubungan keluarga dan membina keluarga yang harmoni.
5. Jauhi tekanan
Ibu yang bekerja mungkin berpotensi untuk berhadapan dengan masalah tekanan kerana merasakan penat dan banyak perkara harus dilaksanakan sebagai seorang isteri. Oleh yang demikian, suami hendaklah bertoleransi dengan isteri dengan membantu isteri melakukan hal rumah seperti memasak dan mencuci kain. Kehidupan yang bertoleransi antara suami dan isteri akan membina hubungan yang berkekalan dengan itu masalah tekanan juga dapat di atasi.

Peranan suami ketika isteri hamil

Suami memainkan peranan penting dalam hubungan kekeluargaan. Suami akan bertanggungjawab menjaga isteri ketika isterinya telah hamil. Antara peranan suami adalah:

1. Memahami keadaan isteri
Ketika wanita hamil mengandung pada peringkat, biasanya emosi mereka akan sentiasa berubah-berubah. Hal ini bermaksud, wanita hamil mudah untuk merasa sedih, rasa dipinggarkan dan sebagainya. Oleh yang demikian, suami hendaklah cuba memahami keadaan isteri dengan memberi layanan baik dan sentiasa berada di sisinya.

2. Menjaga pemakanan isteri
Pemakanan yang seimbang untuk wanita hamil juga penting untuk memastikan kesihatan ibu dan anak yang bakal lahir terjamin. Hal ini bermaksud, wanita memerlukan makanan yang berkhasiat seperti jus, buah-buahan dan ikan untuk meambah zat dalam tubuh. Oleh itu, suami hendaklah memastikan isteri mengambil makanan yang berkhasiat dan mengelakkan daripada makanan yang tidak elok seperti makanan yang berlemak.

3. Meningkatkan ibadah sunat dan membaca Al-Quran
Suami hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan mendoakan anak yang bakal dilahirkan akan menjadi anak yang soleh atau solehah. Berdoalah agar isteri dan bayi akan dilahirkan dengan selamat. Selain itu, dengan beribadah kita dapat mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

4. Memberi dorongan kepada isteri
Suami yang soleh akan sentiasa berada di sisi isterinya dan memberikan motivasi agar sentiasa kuat dan tidak takut untuk menanggung segala kesakitan. Suami yang baik akan menjaga isterinya agar sabar dan memberitahu isteri bahawa mereka akan mendapat cahaya mata yang comel. Hal ini bermaksud, berkata baiklah kepada isteri dalam keadaan apa pun untuk menjaga perasaan isteri.

5. Puji isteri
Suami hendaklah cuba menarik perhatian isteri dengan menggembirakan hati isteri yang tengah hamil. Kata-kata pujian akan menyebabkan isteri merasa gembira dan beruntung kerana mendapat suami yang baik. Selain itu, ia juga akan menambah mengeratkan hubungan antara suami dan isteri. Puji lah isteri yang sedang hamil seperti mengatakan nya cantik, comel dan menawan.

Jelaslah bahawa suami juga memainkan peranan penting kepada isteri. Oleh itu, jangan abaikan tanggungjawap sebagai seorang suami. Jadilah suami yang soleh dan binalah keluarga yang harmoni.

Perubahan emosi ketika mengandung

Wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi dari semasa ke semasa sepenjang tempoh kandungan mereka. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perubahan emosi berlaku di mana ada yang bersifat positif dan juga negatif. Namun, adalah lebih baik jika kita mengetahui apakah perubahan yang biasa berlaku kepada ibu hamil terutama nya kepada bakal ibu. Antara perubahan yang dapat dilihat adalah:
 Ketika awal mengandung
Pada awal kehamilan, ibu hamil akan mudah untuk merasa takut akan cemas mengenai kandungan beliau. Ibu hamil akan merasa takut jika terdapat masalah yang akan mempengaruhi kandungan nya seperti risau akan berlakunya keguguran.

Selain itu, ibu hamil mudah terasa dipinggir. Perasaan tersebut wujud kerana tertekan kerana merasa kurang berkomunikasi dengan orang lain. Biasa nya, wanita hamil suka untuk bercerita keadaan beliau ketika hamil. Oleh itu, wanita hamil akan merasa sedih dan terpinggir apabila merasa diri beliau bersendirian.

Tambahan lagi, jika mengalami masalah perasaan terpinggir tersebut adalah digalakkan untuk mencari kawan atau kelompok wanita yang hamil juga untuk berkongsi pengalaman dan keadaan. Oleh yang demikian, masalah tersebut akan selesai dan emosi wanita hamil juga akan kembali pulih.

Hal ini bermaksud, ibu hamil memerlukan perhatian lebih diberikan kepada mereka ketika sedang mengandung. Suami memainkan peranan penting dalam hal ini dengan memberikan tumpuan serta kasih sayang secukupnya kepada isteri. Di samping itu, perhatian yang cukup dapat mengelakkan wanita hamil menghadapi masalah kemurungan.

 Setelah bulan keempat kehamilan
Ketika ini, perasaan cemas dan takut akan beransur hilang. Malah, perasaan bahagia akan timbul kerana tidak sabar menantikan cahaya mata baru. Ia juga disebabkan ibu hamil sudah boleh mulai merasa gerakan janin yang terdapat dalam kandungan mereka. Suami hendaklah sentiasa berada di sisi isteri untuk memberikan dorongan dan kasih sayang yang secukupnya. Tambahan lagi, sudah pasti isteri bergantung harap kepada suaminya dalam menjalankan kehidupan seharian terutamanya ketika hamil. Oleh itu, suami curahkan lah kasih sayang secukupnya ketika isteri telah hamil.

 Tiga bulan terakhir
Bulan tersebut adalah bulan kegembiraan memandangkan kandungan sudah menjadi matang. Perasaan bimbang juka akan hilang kerana tidak sabar menanti kelahiran baru. Ketika ini juga, wanita hamil akan berfikir akan tanggungjawap yang harus dilaksanakan sebagai seorang ibu kelak.

Perasaan emosi yang dinyatakan adalah perkara biasa yang dihadapi oleh wanita hamil. Oleh itu jangan bimbang akan perubahan emosi tersebut kerana apabila sudah mencapai 9 bulan, kandungan majoriti ibu hamil sudah tidak takut untuk bersalin lagi. Perkara yang penting untuk peringatan ibu hamil adalah cuba untuk sentiasa berfikiran positif dan apa yang dilalui hanya bersifat sementara.

Senaman untuk wanita hamil

Terdapat senaman khusus untuk wanita yang tengah hamil. Senaman adalah baik untuk kesihatan dan ibu yang hamil digalakkan untuk membuat senaman tersebut. Masa yang sesuai untuk wanita hamil melakukan senaman adalah bermula daripada tiga atau minggu kehamilan. Ia haruslah dimulakan dengan perlahan. Adalah digalakkan untuk menyertai program senaman kerana terdapat jurulatih yang pakar akan membantu wanita hamil melakukan aktiviti senaman. Selain itu, dengan bantuan jurulatih ia akan mengurangkan risiko kepada wanita hamil yang boleh membahayakan kesihatan atau membahayakan kandungan.
Langkah dan tips ketika bersenam adalah seperti berikut:
1. Meningkatkan masa untuk berehat agar suhu badan berada dalam keadaan normal serta kadar denyuran berada di bawah 140.
2. Elakkan senaman yang memerlukan anda berbaring kerana ia akan mengurangkan aliran darah menuju ke uterus.
3. Mengelak daripada kegagalan otot semasa membuat latihan.
4. Lakukan senaman isolasi seperti leg curl dan leg extension.
5. Jauhi daripada melakukan senaman yang ana perlu baring menghadap bawah.
6. Senaman dengan ulangan tidak digalakkan. Hal ini kerana ia akan mengetatkan bahagian sendi.
7. Jauhi daripada melakukan senaman perut seperti crunches.
8. Senaman abdominal contraction adalah satu senaman perut yang boleh dilakukan wanita hamil.
9. Ibu hamil digalakkan untuk mendapat nasihat daripada jurulatih yang dipercayai.
10. Elakkan daripada menahan nafas ketika melakukan senaman.

Wanita digalakkan untuk bersenam tetapi adalah lebih jika terdapat jurulatih dan tidak bersenam bersendirian. Ahli keluarga seperti suami juga boleh bersenam dengan isteri yang tengah hamil untuk memastikan keadaan isteri sentiasa baik dan tidak melakukan kesilapan ketika bersenam.

Antara faedah yang diperolehi ketika melakukan senaman adalah:

1. Pemulihan akan berlaku dengan cepat selepas bersalin.
Hal ini bermaksud selepas bersalin, wanita akan sembuh dengan cepat. Jika tidak bersenam, kemungkinan wanita akan mengambil masa sekitar dua bulan untuk sembuh selepas bersalin. Bagi yang melakukan senaman, peluang untuk sembuh cepat adalah lebih tinggi iaitu sekitar 1 bulan.

2. Mengurangkan risiko bertambah berat badan
Senaman juga akan mengurangkan risiko penambahan berat badan setelah bersalin. Oleh yang demikian, senaman dapat membantu mempertahankan berat badan sedia ada dan tidak perlu risau akan penambahan berat badan.
3. Melahirkan anak dengan mudah
Senaman juga akan mempengaruhi proses kelahiran anak di mana potensi untuk melahirkan dengan mudah adalah tinggi. Oleh itu, bayi akan dilahirkan dengan mudah dan selamat. Hal ini bermaksud melakukan senaman dapat memerikan manfaat kepada ibu yang hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...